MINGGU 5 - 7 :
Pembentangan bagi Tugasan ( 1 ) oleh setiap kumpulan:
Pensyarah membuat penilaian dan memberi bimbingan sepanjang aktiviti pembentangan dijalankan.
Gabungan pelajar yang terdiri dari kumpulan yang diselia oleh Cik Chin dan kumpulan yang diselia oleh Prof. Dr Saedah di makmal 2 :
Pengajaran ICT dikendalikan oleh Cik Chin. Beliau memberi penerangan tentang nota-nota yang perlu dipelajari dan dibuat ulangkaji kepada semua pelajar melalui yahoo.group .
Pembentangan di kalangan pelajar dari kumpulan seliaan Cik Chin berlaku. Tajuk pembentangan adalah berkaitan dengan Pendekatan guru mempromosikan penggunaan computer di sekolah-sekolah.
Pelajar-pelajar di bawah seliaan Prof Saedah akan membuat pembentangan yang sama pada minggu berikutnya.
MINGGU 8 – 10 :
Perbincangan tentang nota yang berkaitan dengan Teknologi dan Inovasi dalam pendidikan berdasarkan bahan yang telah disediakan dalam internet.
Pembentangan Tugasan ( 2 ) di bawah tajuk Pendekatan guru dalam mempromosikan penggunaan computer di sekolah :
Prof Saedah membuat penilaian terhadap setiap kumpulan.
Mempelajari teknik menggunakan Interactive Whiteboard ( IWB ) dalam pengajaran dan pembelajaran :
Aktiviti kelas dikendalikan oleh Cik Chin dan Cik Umi
Taklimat disampaikan oleh pakar
Semua pelajar DPLI terlibat
Tugasan ( 3 ) secara individu
Semua pelajar DPLI diarahkan menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan IWB.
MINGGU 11 – 12 :
Perbincangan terakhir tentang nota ICT.
Membuat refleksi terhadap apa yang telah dipelajari selama 12 minggu sebagai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.
Sebagai menghargai sumbangan Prof Saedah, saya ingin mengambil kesempatan di laman ini untuk menyatakan;
Terima kasih buat Prof Saedah kerana sudi mengajar tentang selok belok ilmu teknologi walaupun untuk sekadar beberapa waktu. Segala idea dan nasihat yang diberikan amat saya dan rakan-rakan hargai. Sesungguhnya banyak maklumat yang saya perolehi dan antara yang paling saya suka ialah nasihat Prof tentang perlunya kita sebagai guru pendidikan Islam mahir dengan penggunaan teknologi di samping memperkasakan diri kita dengan iman dan taqwa dalam usaha mendidik jiwa anak-anak bangsa, khususnya orang Melayu kita. Maka dengan ini, saya menyeru diri saya dan semua rakan-rakan DPLI berwawasanlah untuk melahirkan generasi yang bukan setakat celik IT tetapi beriman dan bertaqwa atau dengan istilah lain “ TEKNOKRAT BERTAQWA”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment