Saturday, February 2, 2008

KESINAMBUNGAN TAJUK TMK DALAM PEDAGODI

Hari : Selasa ( 29 Januari 2008)
Masa : 9.00-11.00 pg

Mata pelajaran : Inovasi dan Teknologi dalam Pendidikan
Topik : Teknologi Maklumat dan Komunikasi & Pedagogi
Kumpulan : 2
Guru pembimbing : Profesor Dr. Saedah Siraj
________________________________________________________________

Pengajian kelas teknologi bermula seperti biasa. Sebelum pengajaran bermula pelajar diingatkan untuk menghantar boring soal selidik dan biodata masing-masing. Bagi pengisian kelas hari ini, Prof Sedah menyambung tajuk baru yang masih lagi berkaitan dengan TMK.

Penggunaan TMK untuk guru, (Krishner, 2008):
Benchmark 1- Personal ICT competencies.
Benchmark 2- ICT
Benchmark 3-Educational pedagogical use of ICT
Benchmark 4- ICT as a tool for teaching
Benchmark 5- Social aspects of ICT use in education

Bagaimana TMK diaplikasikan:
Mengumpul atau menggunakan maklumat dari internet.
Membuat sintesis dan membentangkannya.
Membuat penilaian bahan, watak dan jalan
Penggunaan perisian yang terdapat di pasaran.
Pengahasilan produk pembelajaran (video, filem, dll)
Pembelajaran kolaboratif (perbincangan dalam talian, chat group, dll).
Untuk komunikasi (sinkronis dan asinkronis).

Sesi soal jawab berlaku di antara kami dan Prof Saedah. Selain perbincangan yang ada kaitan dengan subjek di atas, Prof Saedah berjaya menarik perhatian kami dengan soalan yang memerlukan kami menjawab lebih kritis iaitu:

Di mana kedudukan bintang?

Pada pandangan aku ia merupakan persoalan yang ada kaitan dengan teknologi. Tetapi bukan teknologi hasil rekaan manusia tetapi ia adalah pembuktian kepada kehebatan ciptaan Tuhan. Dengan kata lain, sehebat manapun ciptaan manusia tidak akan menandingi ciptaan Allah.

Bagi menjawab persoalan beliau, kami telah diberi pendedahan akan hal kedudukan bintang melalui visual yang ditayangkan kepada kami oleh Prof Saedah.

Selain itu, Prof Saedah juga turut menekankan kepada kami, bahawa pendidik mesti berani mencuba dalam melaksanakan dan menyusun kurikulum yang berkaitan dengan dalaman manusia (rohani manusia). Di sini, saya teringat dengan pandangan seorang ahli falsafah pendidikan Islam yang mana menyatakan pendidikan ialah mendidik jiwa dan akhlak. Saya amat bersetuju dengan galakan Prof tadi. Sebagai pendidik, pelajar-pelajar bukan sahaja mesti diberikan kemahiran belajar, pengetahuan teknologi dan sebagainya tetapi yang lebih utama ialah pentarbiyahan rohani itu. Melalui mendidik hati-hati manusia inilah akan lahir generasi yang bertamadun dari segi inteleknya tetapi tinggi akhlaknya (teknokrat bertaqwa).

Seronoknya kalau anak didik kita berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Itulah cita-cita saya iaitu menjadi pendidik yang boleh ‘Mengembalikan fitrah insani manusia".

Sebelum mengakhiri pengajaran, Prof memberi tugasan kepada setiap kumpulan mencipta bahan bantu mengajaran bagi mata pelajaran pendidikanIslam. Setiap akan membentangkan mengikut kreativiti masing-masing. Pembentangan berlangsuing pada 12 Februari 2008 (Selasa).

No comments: