Saturday, February 2, 2008

PENGENALAN: TMK DALAM PEDAGOGI

Hari : Selasa ( 22 Januari 2008)
Masa : 9.00-11.00 pg

Mata pelajaran : Inovasi dan Teknologi dalam Pendidikan
Topik : Teknologi Maklumat dan Komunikasi & Pedagogi
Kumpulan : 2
Guru pembimbing : Profesor Dr. Saedah Siraj
________________________________________________________________

Sesi pengajaran-pembelajaran bermula agak lewat. Prof Saedah sibuk berurusan dengan pihak audit. Namun untuk tidak membuang masa, kami mengambil peluang masuk ke makmal computer dan menyiapkan ruangan blog masing-masing. Tepat jam 9.30pg, Prof Saedah melangkah masuk ke makmal computer. Kami menyambut salam yang diberikan olehnya.

Hari ini, aku dan rakan-rakan diajar tentang apa yang dikatakan;
Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK)
Pedagogi

1)Teknologi

Definisi:
How to use the software in teaching and learning.
state generic software (word processing, databases, spreads sheets,etc).

2)Pedagogi

Definisi:
Seni dan sains pengajaran
metod dan strategi
Jambatan di antara pengajaran dan pembelajaran
Pengkajian terhadap metod dan aplikasi teori pendidikan untuk cipta persekitaran dan konteks pembelajaran.

TMK: Potensi Peningkatan dalam Pedagogi, antaranya;
Pelengkap kepada pengajaran berpusatkan pelajar.
Pelengkap kepada pelajar dimana-mana dan bila-bila masa.
Menggalakkan pembelajaran secara aktif
Menggalakkan pengajaran kolaboratif
Mempertingkatkan keyakinan diri guru dan pelajar
Menyediakan peluang maklumbalas yang cepat.
Menarik minat pelajar



Perjalanan pembelajaran hari ini menyeronokkan dengan selingan nasihat dan kata-kata motivasi dari Prof Saedah. Pengisian yang beliau sampaikan ialah setiap individu lebih-lebih lagi sebagai pendidik perlu menguasai ilmu psikologi bagi memahami tingkahlaku pelajar dan membantu proses pengajaran.

Sebelum mengakhiri proses pengajaran pembelajaran, Prof Saedah menyerahkan borang soal selidik berkaitan dengan TMK dan tugasan menyediakan biodata diri yang dikehendaki beliau pada Selasa akan datang.

No comments: