Saturday, February 2, 2008

MENCIPTA BLOG

Hari : Selasa ( 15 Januari 2008)
Masa : 9.00-11.00 pg

Mata pelajaran : Inovasi dan Teknologi dalam Pendidikan
Topik : Mencipta Blog
Kumpulan : 2
Guru pembimbing : Dr Saedah Siraj
____________________________________________________________
Suasan pagi yang ceria. Para pelajar memenuhi dewan kuliah. Pengajaran-pembelajaran bermula dengan baik sekali yang diselia oleh tiga orang pensyarah yang mahir iaitu Cik Chin Hai Leng, Cik Umi dan Dr Saedah Siraj. Pembahagian kumpulan telah dibuat kepada 3 bahagian; kump. 1, kump.2 dan kump.3 .

Setiap kumpulan diagihkan ke tiga bilik makmal komputer yang berasingan. Pengajaran dan pembelajaran dimulai dengan sesi pengenalan di kalangan pelajar dan pensyarah. Seterusnya, pensyarah memberi arahan bagi memulakan tugasan kepada setiap pelajar seperti;

1)mendaftar sebagai ahli yahoo.com atau
2)mendaftar sebagai ahli gmail.com
3)surf ke laman web www.blogspot.com untuk tujuan mencipta blog bagi setiap pelajar.

Hasil daripada pengajaran yang telah disampaikan, pelajar telah dapat memahami bahawa:

1)Blog sebagai sebagai salah satu teknik penyampaian komunikasi di alaf baru.
2)Pendekatan blog memberi peluang kepada para pelajar menyalurkan idea, meluahkan perasaan dan sebagainya.
3)Blog sebagai wasilah kepada guru untuk berkongsi idea dan pengalaman kepada para pelajar
4)Blog membantu guru mengenalpasti minat, tingkahlaku dan keinginan pelajar.
5)Blog juga memberi peluang kepada guru ‘mempromosi’ diri mereka sebagai pendidik yang boleh memberi sumbangan besar kepada generasi muda khasnya.

Bagi memahami dengan mendalam maksud dan tujuan sebenar mencipta ‘blog’, saya mengambil inisiatif untuk mencari maklumat berkenaan dengannya dari sebuah buku, penulisan Fuad Latip (2007) yang bertajuk 15 Teknik Efektif Internet Marketing. Selamat membaca !. Sila dapatkan di pasaran!!!.

No comments: